Bantuan
Jawapan ringkas untuk masalah biasa. Masih tersekat? Email kami.
Tonton: cara guna dalam 30 saat
Tambah ke skrin utama
Buka app sekali dalam browser, kemudian tambah ke skrin utama supaya nampak dan dibuka macam app biasa.
Alamat app: Sedia Tahun 1 di /app/, Math & Sains di /math-sains/app/.
iPhone / iPad (Safari)
- Buka alamat app dalam Safari.
- Tekan butang Kongsi (petak dengan anak panah ke atas).
- Skrol ke bawah dan pilih Add to Home Screen (Tambah ke Skrin Utama).
- Tekan Add. Ikon Tunas Cerdik muncul di skrin utama.
Android (Chrome)
- Buka alamat app dalam Chrome.
- Tekan di penjuru kanan atas.
- Pilih Add to Home screen atau Install app.
- Tekan Add atau Install.
Selepas buka dari ikon, anda mungkin perlu log masuk sekali lagi. Ini normal, terutama di iPhone.
Tiada bunyi?
- Naikkan volume telefon atau tablet.
- Jika perlu, tutup mod senyap (iPhone: suis atau butang di tepi telefon; Android: tukar ke mod bunyi).
- Semak telefon tidak bersambung ke fon kepala atau pembesar suara Bluetooth lain.
- Tutup app dan buka semula, atau muat semula halaman.
- Masih senyap? Email kami dengan jenama dan model telefon anda.
Kod log masuk tak sampai?
- Tunggu 1 minit. Kadang-kadang email lambat sedikit.
- Semak folder Spam, Promotions atau Updates.
- Pastikan anda guna email pembelian (email yang diisi semasa bayar), dan ejaannya betul.
- Cuba minta kod sekali lagi selepas 1 minit. Elak tekan berulang kali.
- Masih tiada? Email kami dari email pembelian anda.
Minta refund
Jaminan 14 hari wang dikembalikan, tanpa soal. Email kami dalam masa 14 hari dari tarikh pembelian, dari email pembelian (atau nyatakan email itu). Wang dipulangkan penuh ke akaun asal atau melalui pindahan bank dalam masa 7 hari bekerja, dan akses app bagi pembelian itu ditamatkan.
Math & Sains (Akses Awal): jika Sains tidak dibuka pada tarikh yang dijanjikan, anda juga boleh minta refund penuh. Butiran penuh dalam Terma & Polisi Pemulangan.
Hubungi kami
Email: hello@tunascerdik.my