Tahun 4 · 5 · 6 · BM & English (DLP)

Tahu topik lemah anak. Latih tepat di situ, dengan penerangan setiap soalan.

Matematik & Sains KSSR untuk persediaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 dan UASA. Ibu bapa tak perlu pandai Math untuk bantu.

Cuba Semakan Math percuma Lihat harga 15 minit · tanpa daftar · terus dapat laporan ikut topik
Nombor baharu setiap kali Penerangan setiap soalan BM ↔ English 4 anak, 1 bayaran Jaminan 14 hari

Laporan Matriks Tahun 4 keluar 16–20 Nov. Dah tahu topik mana nak dikuatkan?

Laporan Matriks Pembelajaran Tahun 4 diserahkan kepada ibu bapa pada 16–20 November 2026, dengan gred A hingga F. Ramai ibu bapa nampak gred, tapi tak tahu topik mana yang perlu dikuatkan, dan silibus makin susah untuk diajar di rumah.

Macam mana ia berfungsi

1

Semak

Semakan Math meliputi 8 unit Matematik. Dapat peratus ikut topik dan anggaran gred.

2

Latih

Misi Harian fokus pada topik paling lemah. Salah? Terus dapat penerangan langkah demi langkah dan soalan serupa untuk cuba lagi.

3

Ulang

Soalan salah masuk Buku Kesilapan dan diulang pada hari ke-1, 3 dan 7, sehingga dijawab betul 3 kali.

Apa di dalam app

Matematik 8 unit

Nombor bulat, pecahan/perpuluhan/peratus, wang, masa, ukuran, ruang, koordinat/nisbah, data. Soalan baharu setiap kali.

Sains ikut topik

Topik KSSR Tahun 4, 5 dan 6. Sedang disemak guru, dibuka 4 Januari 2027.

Mod DLP

Tukar BM ↔ English pada setiap soalan dan penerangan.

Arena Sifir

Latih tubi sifir 2–12 dalam 60 saat. Pecahkan rekod sendiri.

Kertas latihan

Jana kertas Math baharu, gaya MPT4/UASA (tidak rasmi), dengan skema & penerangan, sedia dicetak.

Laporan ibu bapa

Prestasi ikut topik, anggaran gred, dan 3 topik untuk fokus.

Berbanding buku latihan & tuisyen

Tunas CerdikBuku / PDFTuisyen
Penerangan setiap soalanSkema sahaja
Tahu topik lemah (automatik)Kadang
Nombor baharu setiap kali
BM & EnglishBerasinganBergantung
KosRM49 sekaliRM5–20 setiap bukuRM30–100/subjek/bulan
Harga Akses Awal · Math dibuka serta-merta

Math & Sains Tahun 4–6

  • Dibuka serta-merta: Matematik 8 unit, Arena Sifir & kertas latihan Math, BM & English
  • Sains dibuka 4 Januari 2027 selepas semakan guru
  • Tahun 4, 5 & 6: tukar tahun bila anak naik darjah, tanpa bayar lagi
  • Misi Harian, Buku Kesilapan, penerangan langkah demi langkah
  • Sehingga 4 anak & 3 peranti, sekali bayar
  • Update percuma: kandungan baharu ditambah dari semasa ke semasa
RM49Harga Akses Awal hingga Ahad 3 Jan, 11:59 malam · kemudian RM69 · sekali bayar

Menyemak status jualan…

Jaminan 14 hari wang dikembalikan

Cuba 14 hari dari tarikh pembelian. Kalau tak sesuai, email kami dan wang dipulangkan penuh, tanpa soal.

Akses Awal: jika Sains tidak dibuka pada 4 Januari 2027, wang dipulangkan penuh atas permintaan dalam 7 hari bekerja.

Soalan lazim

Ikut silibus sekolah ke?

Soalan disusun ikut unit DSKP KSSR Semakan Matematik dan Sains Tahun 4–6. Kertas latihan ialah gaya MPT4/UASA (tidak rasmi). Ini produk persendirian dan bukan kertas rasmi KPM atau Lembaga Peperiksaan.

Anak saya kelas DLP.

Setiap soalan dan penerangan boleh ditukar antara BM dan English. Tetapkan DLP dalam profil anak supaya English jadi paparan asal.

Saya tak pandai Math. Boleh bantu anak?

Boleh. Setiap soalan ada penerangan langkah demi langkah. Ibu bapa pantau laporan: topik mana kuat, mana perlu latihan.

Anak dah ada tuisyen.

App ini melengkapkan tuisyen: latihan tambahan di rumah dengan nombor baharu setiap kali, penerangan dan ulang kaji kesilapan.

Perlu muat turun app?

Tidak. Buka dalam browser dan "Add to Home Screen". Boleh guna di telefon, tablet dan komputer. Lihat caranya.

Data anak saya selamat?

Kami hanya simpan nama panggilan, tahun dan kemajuan belajar. Tiada iklan, tiada chat, dan data tidak dijual. Baca Notis Privasi.

Bila dapat akses? Bila Sains dibuka?

Math, Arena Sifir dan kertas latihan Math dibuka serta-merta selepas bayar: buka app dan log masuk dengan email pembelian. Sains dibuka 4 Januari 2027, selepas soalan disemak guru. Jika Sains tidak dibuka pada tarikh itu, email kami dan wang dipulangkan penuh dalam 7 hari bekerja.

Macam mana nak minta refund?

Email kami dalam 14 hari dari tarikh pembelian. Wang dipulangkan penuh, tanpa soal, dalam 7 hari bekerja. Baca Polisi Pemulangan.

Soalan lain? Lihat halaman Bantuan

Mula dengan Semakan Math, percuma.

Cuba Semakan Math

Keputusan setiap anak berbeza.